21.12.10

40 PERKARA MEMBATALKAN IMAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Sedikit perkongsian ringkas tentang 40 perkara2 yang membatalkan iman, jom kita semak, adakah kita ada melakukan perkara2 tersebut? Jika ada, segeralah bertaubat kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani Moga bermanafaat pada semua ('',)

01. Syirik
02. Meninggalkan solat fardhu
03. Meninggalkan puasa ramadhan
04. Enggan mengeluarkan zakat
05. Enggan menuaikan haji
06. Riddah (murtad)
07. Kufur terhadap Allah
08. Mengingkari takdir Allah
09. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
11. Bertawakkal selain Allah
12. Memperhambakan manusia
13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah SWT
17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
18. Mempermainkan kesucian agama
19. Menghukum dengan hukum manusia dan menolak hukum Allah
20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
21. Mengajak umat Islam meninggalkan jihad dijalan Allah
22. Mengkafirkan sesama muslim
23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah atau akhirat
24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
26. Munafik (nifak)
27. Beramal dengan riyak
28. Gemar mengamalkan perkara bid’ah
29. Membuat peraturan atau undang undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan Rasulnya.
30. Tidak beradab terhadap Rasulullah SAW
31. Menghina sahabat Rasulullah SAW
32. mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang orang beriman
34. Memberi amanah atau kepercayaan kepada orang kafir untuk kepimpinan umat Islam
35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
36. Taksub kepada Ulama dalam perkara maksiat
37. Mempercayai tukang tenung
38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
39. Mempercayai kuasa azimat
40. Bersumpah dengan selain nama Allah.

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...