27.2.11

Kisah Benar, Bahaya Menghina Para Ulama


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Mungkin kerana terlalu obseskan sesuatu fahaman akan hilanglah akhlak dan moral yang telah digariskan agama, kerana bencikan sesuatu maka luput jua akal dan pertimbangan. Begitulah yang terjadi dalam penamaan calon PRK baru-baru ini.

Jika diteliti gambar di atas, mungkin ada yang "tidak kisah" dan mungkin ada yang terkejut? Sedikit ulasan tentang gambar sepanduk yang dipegang oleh dua orang anak muda. Cuba sahabat2 perhatikan dengan teliti, gambar siapa yang tertera tu?

Semua pasti kenal kan? Saya cuma terkilan dan marah dengan penghinaan yang dibuat kepada seorang ulama. Tak terfikir masih ada seorang "Melayu" Islam yang tergamak melakarkan lukisan seumpama itu terhadap seorang ulama? Ni bukan kempen politik ya, tetapi tentang adab terhadap ulama yang menjadi waris para nabi.

Teringat saya satu kisah benar yang pernah berlaku di Pendang, Kedah. Kisah ni diceritakan oleh seorang ustaz, Ust Aminuddin Abd Rahim yang pernah menuntut di sebuah madrasah ketika zaman persekolahannya dulu. Mudir madrasah itu seorang ulama terkenal di Kedah, siapa orang Pendang mungkin akan kenal nama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim Pendang, seorang wali Allah.

Dikisahkan seorang anak muridnya telah menghina beliau ketika berlangsungnya pilihn raya di kawasan terbabit. Ketika sedang berceramah untuk sebuah parti X, bekas anak murid beliau telah mengeluarkan kata2 kesat sambil menghina madrasah dan Tok Guru Aziz Pendang. Berita tersebar hingga kepada pengetahuan Tok Guru Aziz sambil menyumpah akan gila budak itu suatu hari nanti. Akibat doa tersebut, itu lah yang berlaku selepas beberapa lama masa berlalu...

Waspada lah dengan doa para ulama, kerana ruh dan jasad mereka sangat dekat dengan pencipta. Sekalipun berlainan fahaman dan haluan, tidak menjadi masalah untuk kita elakkan daripada melakukan penghinaan sedemikian. Berpolitik lah dengan bijak dan matang, moga dirahmati-NYA ('',)

*Tuan Guru Aziz Ibrahim merupakan anak kepada seorang ulama Kedah yang terkemuka yang membuka pondok di Gajah Mati, Pendang iaitu Tuan Guru Hj  Wan Ibrahim (Pak Cu Him) (klik untuk kenali sejarah beliau)

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahwa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, karena doa tersebut tidak adah hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)

“ ... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pemuka kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)

5 comments:

  1. Mengapa yang membawa sepanduk itu menutup mukanya?
    Tak mahu manusia lihat?
    Boleh larikah dari penglihatan Yang Maha Melihat?

    IbnuKas

    ReplyDelete
  2. ya allah...bertaubat lah kamu...
    tidak aman kamu didunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  3. Bukan sekali diorang buat camnie, hari tu kat manatah pun diorang hina ulama camni cuma gambar lain, kalau kena gambar pemimpin mereka, 100 hari tidak habis berkokok...

    ReplyDelete
  4. Jijik sungguh perbuatan mereka...

    Semuag Allah memberi pembalasan tunai kepada mereka..

    Tatu

    ReplyDelete
  5. Gambar yg kecik dgn yg besar sama je rupe bentuk dia,nk menipu pun agak2 la,dosa fitnah tu lg besar tau... Jgn percaya bulat2 la kawan2

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...