1.2.11

Revolusi Mesir: Bukti Kelembapan Malaysia Bertindak Berbanding Negara Lain?


Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',)

Beberapa jam yang lalu sebelum artikel ini ditulis Al Jazeera telah melaporkan hampir 2Juta rakyat Mesir telah berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan atau mereka akan terus berdemonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi. Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu.Video dari Al Jazeera sila lihat di (SINI)

Al Jazeera juga telah melaporkan Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya. Dan Jordan juga kini melihat kebangkitan rakyatnya yang mendesak agar Perdana Menteri yang sedia ada iaitu Samir Rifai kerana kegagalannya untuk mengawal harga minyak dan barang makanan yang kini melambung.

Akur dengan kehendak rakyatnya dan bagi mengelakkan apa yang telah terjadi di Mesir turut terjadi di negaranya, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II telah bertindak memecat bukan sahaja Perdana Menterinya malah keseluruhan anggota Kabinet itu. Berita berkenaan sila baca di (SINISuasana di Mesir kini semakin tegang kerana semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.

Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimana dengan nasib pelajar Malaysia di sana kini?

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Ketika kerajaan-kerajaan lain dari seluruh dunia berlumba-lumba menghantar berbagai-bagai pesawat tanpa mempedulikan sebarang kos yang perlu ditangung oleh kerajaan mereka, kerana bagi mereka keselamatan dan nyawa warganegara mereka lebih berharga.

Kerajaan Malaysia masih menimbangkan apakah cara yang terbaik untuk mengeluarkan Pelajar Malaysia di Mesir seolah-olah cara yang dipraktikkan oleh Negara lain dalam mengeluarkan warganegara mereka dari Mesir adalah tidak praktikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir. Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, Najib berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang. Cuba anda bayangkan berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Kapal TLDM KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden untuk sampai di Mesir.

Apakah rombongan yang dihantar oleh Najib itu Super Heroes yang mampu memastikan keselamatan Pelajar kita di sana? Ketika nyawa pelajar kita diancam bahaya Najib masih memikirkan soal kos yang diperlukan untuk membawa keluar Pelajar Malaysia dari Mesir.

Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu? Selama ini kita amat berbangga jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia, kononnya Negara kita lebih aman dari Negara mereka, kononnya juga negara kitalah yang menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat mereka dan kita juga berbangga kerana Negara kita lebih kaya dari Indonesia.

Tetapi dalam hal membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ini ianya membuktikan sebaliknya.. ianya membuktikan kepada kita betapa berharganya nyawa rakyat Indonesia kepada pemerintah Indonesia..

Biarpun Negara mereka lebih miskin, Negara mereka jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Negara kita. Biarpun Negara mereka miskin namun demi keselamatan rakyat mereka yang berada di Mesir pemerintah Indonesia iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengeluarkan arahan untuk memindahkan keluar rakyatnya dari sana dengan penerbangan sewa khas.

Selain pesawat penerbangan Garuda Boeing 747, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu. Ketika Presiden Indonesia berkata “Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,”

Perdana Menteri kita pula berkata “Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” Kerajaan Indonesia telah bertindak dengan menyewa kapal terbang dan kapal terbang mereka telah mendarat di Jeddah, Arab Saudi.. Kerajaan kita pula masih sedang menimbang menggunakan Kapal yang kini masih berada di Lautan Eden..

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Nyata hanya slogan kosong semata-mata..

baca selajutkan rujukan di Anak sungai derhaka

Azhan: Apakah duit menjadi pertimbangan yang mendesak?? Mungkin dah berjuta ditaburkan di Tenang PRK baru2 ni...kesian mengenangkan nasib pelajar kita di sana. Nak salahkan kerajaan nanti ada pula suara2 halus yang tak puas hati, tapi ni lah bukti yang jelas kelembapan kerajaan "saudara"! "Janji, anak bini aku kenyang dan selamat sudah..." Kepala otak bengang ni.hehe. Maaf yop ('',) 

15 comments:

  1. terlalu kecewa + terkilan + geram + marah...bukan akak sorg ttp semua waris2 yg ada kluarga disana..mana bukti kata2 "RAKYAT DIDAHULUKAN.......' yg sering mrk laung2kan......
    Ini buktinya......

    ReplyDelete
  2. @nza: ya kak, ramai yang merungut ttg kelembapan Malaysia bertindak. Sabar ya kak, tenang2, insyaAllah kita doakan supaya Allah mempermudahkan urusan mereka di Mesir. ada hikmah apa yang terjadi ni. moga dirahmati :)

    ReplyDelete
  3. salam, sehingga kini belum seorg pun pelajar yg berjaya di bawa pulang...yg nampaknya kerajaaan akan...kerajaan akan...tak boleh rakyat kita kat Mesir keluar sendiri tanpa melalui saluran diplomatik...Wallahuallam.

    ReplyDelete
  4. @abhamz:insyaAllah, ada perkermbangan baru PM putuskan untuk segera bertindak memindahkan sementara ke Jeddah sebelum pulang ke Malaysia

    ReplyDelete
  5. memang terkilan sangat. ahli keluarga kat sn still xdpt berita :(

    ReplyDelete
  6. erm...kita doakan yg terbaik untuk mereka..saya ramai kawan2 dan saudara di mesir. mungkin hari ni kapal TLDM akan dihantar.

    ReplyDelete
  7. jordan pon ada protes skrg ni. tp tak seteruk di mesir. harap2 kat jordan tak jd macam kat mesir. sebab adik saye ade kat sana

    ReplyDelete
  8. link : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/02/update-0130am-222011-rabu-gmt-8.html

    "elakkan bersangka buruk sesama kita, kerana kebanyakan sangkaan itu akan menjatuhkan kita ke lembah dosa. Ikhlaskan niat dan hati dalam segala amal perbuatan kerana walau sedikit sombong sebesar biji sawi di hati akan menyebabkan kita tidak dapat menghirup udara syurga, apatah lagi menjejakkan kaki ke dalamnya. Saya, Azizi Al Fahri mewakili semua ahli skuad kami dan juga pelajar Mesir yang telah selamat sampai ke Malaysia memohon ribuan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kelemahan dan kekurangan kami, apa yang baik itu datang dari Allah, apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri"

    ReplyDelete
  9. hmm kita kecoh2 marah2 pn xde guna..doa je lah
    bila bab mcm ni salahkn kerajaan..cukai naik salahkn kerajaan..minyak naikpn salahkn kerajaan..sudahnya mn nk ade duit kl semua nk free je..betul x?
    so apapn..kerajaan dh cuba yg terbaik, negara lain duit byk cepat la btindak..negara kita ni bkn kaya sgt..so mmg la kna pkkn kos..nt naik harga lg kerajaan gk yg kena..

    ReplyDelete
  10. ko ni kan Aida lebih baik tak cakap kalo tak tahu apa2.
    1. doa - Kita dididik utk berdoa dan didahulukan dengan usaha. Jgn kata tiada usaha. Ulamak berusaha, pengikut2 ulamak berusaha tp sapa yg halang? Kerajaan. Gam, band, ISA, dll. Adakah usaha dihentikan? Tidak. Sekecil2 usaha adalah seperti tulisan pada blog ini dan beribu blog yg lain.

    2) memang kerajaan salah sebab tulah salah kan kerajaan M'sia. Tapi yg paling bersalah adalah org2 seperti ko. Dah tahu pemimpin tolak kebenaran tolak Islam pun masih nak sokong.

    3)Mana nak ada duit? Agak kat M'sia ni ko sorang je yg tak bayar income tax kot. Dan ada ribuan lagi punca pendapatan krjn.

    4)Kerajaan dah cuba yg terbaik? Buktikan. Cuba bagi satu bukti perkara2 'keinsanan' yg krjn lakukan dgn cara yg paling baik. Sebab aku boleh buktikan ia adalah sebaliknya.

    5) aku sangat benci melihat manusia yang menyokong golongan munafik!

    ReplyDelete
  11. @missfatiha:insyaallah semuanya akan selesai

    @::astonishing az:: amin ya rab :)

    @aini adam: yaka? semua negara terdekat kena tempias

    @pecah tembelang:apa yang berlaku adalah fakta bukan?

    @aida:sbg rakyat ada hak untuk bersuara, jgn jadi pak turut yang sekadar "YES MEN" semua perkara ok.hehe. kurang cerdik jawabnya. Kalau tak dak duit knp nak bazir buat menara warisan.hehe.

    tak pandai urus duit bagi ja org lain jadi pemimpin ok :)

    ReplyDelete
  12. @finaz: hehe, terbaik lah kak! kita doakan mereka lihat kebenaran tu atas dasar ilmu. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  13. yep...yg tahu jordan la skrg ni kena tempias..tu pon adik yg bg tau..cuma org x ambik tau mane sbb ckit je yg terlibat pon

    ReplyDelete
  14. @aini: negara2 terdekat tu byk mendapat kongkongan pemimpin sekutu US. Rakyat dah mula sedar ttg kezaliman tu. Moga Allah merahmati semua sahabat2 :)

    ReplyDelete
  15. nice article..
    setuju dgn pndpt saudara..
    keselamatan rkyt kta lagi penting..
    susah sgt ker nk byr kt MAS,AIRASIA tuk bawak balik student2 kte kat sana?..
    knp ngra jiran blh berbuat demikian?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...