16.3.11

Cadangan Aktiviti, 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Entri ni merupakan lanjutan kepada entri lepas iaitu  Info Sihat: 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan.  Mungkin timbul sedikit kekeliruan tentang aktivti senaman yang disenaraikan. Saya akan senaraikan cadangan aktiviti yang dapat dilakukan berpandukan kepada 4 Senaman Asas:-

1. Senaman Ketahanan

 Aktiviti 1: Berjalan kaki

  • Berjalan kaki lebih sesuai dilakukan oleh golongan berusia dan ibu yang mengandung kerana tidak memerlukan tekanan tinggi terhadap degupan jantung dan paru-paru untuk bernafas. 
  • Boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan sebaiknya mengambil tempoh masa tertentu semasa berjalan kaki.
  • Kebaikan kepada kekuatan otot dan mengurangkan risiko osteoporosis. 
  • Bagi mereka yang mengalami stress juga digalakkan melakukan senaman berjalan kaki kerana ia menghasilkan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  • BERJALAN 10,000 LANGKAH SAMA SEPERTI :
    • Berenang selama 90 minit
    • Berbasikal selama 70 minit
    • Perjalanan selama 6 – 8 km
    • Bermain bola sepak selama 90 minit

Aktiviti 2: Jongging
  • Jongging adalah aktiviti yang biasa kita lakukan. Tetapi kepada wanita yang berusia tidak digalakkan untuk jogging kerana boleh memberikan kesan sampingan kepada sistem peranakan kerana aktiviti ini memerlukan lebih tenaga dan kekuatan.
  • Sila pastikan anda memakai Kasut JONGGING, bukan kasut badminton, bukan kasut futsal, kerana kasut yang tidak sesuai akan memberikan kesan kepada tumit dan lutut anda. Kasut JOGGING telah dibuat khas dengan bahagian tapaknya yang tebal dan fleksibel.

Aktiviti 3: Berenang
  • Berenang merupakan salah satu sukan yang disarankan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Siapa nak ikut sunnah belajar berenang ya.hehe
  • Berenang diakui agak sukar dipelajari, dan memerlukan ketahanan otot kardiovaskular yang tinggi kerana seluruh anggota badan akan bergerak memainkan peranan.
  • Tahniah kepada sahabat2 yang pandai berenang ('',)

2. Senaman Keseimbangan

Aktiviti 1: Tekan tubi

 Ni cara tekan tubi untuk lelaki.

 Yang ni pula cara tekan tubi untuk golongan hawa. Jangan silap ya kakak2 dan makcik ('',)

Nak lagi hebat boleh cuba gaya ni. Gaya lagenda seni tempur Bruce Lee yang hanya menggunakan dua jari sahaja untuk tekan tubi!

3. Senaman Fleksibiliti

Aktiviti: Aerobik
 Aerobik selalunya dijalankan secara beramai-ramai

  • Pemimpin kita pun melakukan aerobik, rakyat juga perlu rajin2 bersenam ya ('',)

4. Senaman Kekuatan

Aktiviti: Angkat dumbbell

Menggunakan dumbbell merupakan aktiviti angkat berat yang mudah dan praktikal. Dumbbell mempunyai beberapa saiz dan berat. Main lah ikut kemampuan sendiri dulu, jangan paksa diri nanti boleh kasi terkoyak tisu pula.


Cara main dumbbell juga perlu betul supaya kita dapat elakkan kecederaan kepada otot dan abdomen badan.

9 comments:

  1. selalunya joging slow2 ja..tu pun jarang kot :p
    ish...pasni kena rajin jog la jawabnya...

    FRESH ENTRY : YAYA DATING DENGAN SIAPA HARI NI?

    ReplyDelete
  2. owh....
    suka latih tubi skrg sebab leh buat dalam bilik

    ReplyDelete
  3. @yaya: okey! rajin jog sentiasa sihat :)

    @hans: bukan latih tubi bro, tekan tubi.hehe. hope sihat2 yop

    ReplyDelete
  4. thanks for the info..senaman mmg baik untuk badan kita...ada st jer yg sy lom bt, berenang. sy xpndai berenang..heehe nk ikut sunnah nabi la..ajar berenang leh?

    ReplyDelete
  5. jalan, jalan dan terus jalan...
    jom berjalan2 :)

    ReplyDelete
  6. senaman memang bagus,tapi buatnya selalu x konsisten!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...