1.4.11

Negeri Sarawak (Info Ringkas), Sempena Pilihan Raya DUN 2011

Keluasan Negeri Sarawak adalah 124,449.51 kilometer persegi

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak pada 16/04/2011 ni, saya nak kongsi sedikti info tentang negeri terbesar di Malaysia ni. Selain keunikan Sarawak yang besar, terdapat beberapa lagi keistimewaan negeri tersebut antaranya ialah Sungai Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.

Sungai Rejang, terpanjang di Malaysia

Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.

Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah

Sarawak diterajui oleh Ketua Menteri yang juga mengetuai Kabinet Menteri. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya diadakan selang tempoh lima tahun. Ketua Menteri sekarang ialah Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud. Sarawak juga mempunyai Yang di-Pertua Negeri yang sekarang disandang oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Semasa Sarawak menyambut Ulang Tahun ke-25 pada tahun 1988, negeri ini menerima pakai bendera, Lencana, Moto dan Lagu Kebesaran yang baru.

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak.

Sejarah 

Dalam abad ke-15, Sarawak menjadi wilayah yang autonomi di bawah kuasa sultan Brunei. Namun yang demikian, apabila pemerintah sultan menemukan antimoni di hulu Sungai Sarawak dalam tahun 1820, rakyat Brunei menghantar Gabenor Pengiran Mahkota untuk menubuhkan ibu negerinya di Kuching.  

Walau bagaimanapun, masalah timbul selepas rakyat ditindas dan dikenakan cukai yang tidak adil yang memaksa Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menghantar Perdana Menteri yakni Raja Muda Hashim, untuk menenteramkan rakyat tempatan. Semasa pemerontakan, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris yang bernama James Brooke, tiba di Kuching dan lalu membantu mengatasi pemberontakan. Sebagai ganjaran terhadap bantuan itu, maka Raja Muda Hashim melantik Brooke sebagai Raja di negeri Sarawak.

 Pahlawan Sarawak, Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab (Sharif Masahor)

Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, kemudian beliau digantikan oleh anak buahnya yang bernama Charles Brooke. Berikutan kematian Charles pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke mengambil alih sebagai Raja ketiga sehingga negeri Sarawak ditakluki oleh tentera Jepun dalam bulan Disember 1941. 

 Sir James Brooke, Penjajah Negeri Sarawak dahulu...

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 11 September 1954, pentadbiran tentera Australia memerintah negeri Sarawak selama beberapa bulan. Pada ketika itu negeri Sarawak yang sangat mundur menjadi bankrap.  Dalam bulan Mei 1946 negeri Sarawak diserahkan kepada pihak 'Great Britain' oleh Vyner Brooke dengan ganjaran satu juta paun British. Sarawak kekal sebagai koloni selama 17 tahun sehingga 16 September 1963 ketika Persekutuan Malaysia (Penggabungan Malaya, Sabah dan Sarawak) terbentuk.
 Sedapnya tengok...ni lah kek batik Sarawak...menarik kan!
Azhan: Luas....sama besar dah dengan seluruh semenanjung. Cabaran kepada kempen Pilihan Raya DUN Sarawak, nak jelajah seluruh ceruk rantau mungkin agak sukar. Apa pun, kepada sahabat2 yang asalnya Sarawak, kembalilah tunai tanggungjawab anda sebagai pengundi. 
Yang berhasrat untuk melancong pula, sangat dialu2kan kerana Sarawak terkenal dengan keunikan alam semula jadi yang cantik dan indah. Jangan lupa bawa balik ke batik Sarawak sekali ('',)

3 comments:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ”Maaf lama tak ziarah anda”

    Eeemmm Sarawak ni mmg besar ..Setelah penghantaran notis pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini oleh Ketua Menteri Sarawak, maka pengumuman pembubaran DUN akan dibuat Isnin ini oleh Tan Sri Abu Taib Mahmud.

    Dengan demikian, akan berlaku satu pilihanraya yang BESAR di Sarawak untuk menentukan kerajaan yang bakal menerajui kepimpinan rakyat Sarawak lantas memajukan Sarawak setanding dengan kemajuan yang terbina di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  2. sangat rindu dengan anak murid aku di sarawak, dan juga kawan kawan cikgu lain..tapi sayang...dengan negeri yang luas dan punya banyak tanah...orang asal masih tak dapat geran..tanah main tunjuk dan tahu saja berzaman zaman..tauke ladang kelapa sawit di miliki cina. padahal cuba la bagi tanah tanah tu kat orang sarawak sendiri daripada bagi kat tauke cina?.

    ReplyDelete
  3. sedapnye kek tu....adooii rasa lapar pulak...hehehe...



    besarkan sarawak....mesti berpeluh peluhkan mereka nak berkempen...hehehe....


    mina tak sabar nak tgk pihak mana yg menang....tp.....rasanya dah tau kot....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...