10.5.11

Tips Menghadapi Cuaca Panas Dan Jerebu

 Ni kalau panas sangat dapat main air macam ni memang terbaik!

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Dah masuk 6 hari hujan tak turun, memang terasa bahang sangat terutama kalau nak tidur waktu malam. Tekak pun dah rasa lain macam dah, kering sangat. Katanya cuaca panas ni disebabkan oleh kesan Tsunami di Jepun lepas, ada kata kerana pembakaran jerami di Indon. Entah lah mana satu betul, tetapi cuaca panas ni ditambah pula dengan jerebu yang semakin hari makin tebal.

Sebelum pergi kelas petang ni, nak kena cari mask lah, lain macam dah rasa habuk waktu bawa motor tadi.  Kepada sahabat2 semua, sambil main blog tu, sediakan air kat sebelah laptop/PC anda ya, jaga kesihatan sebaiknya. =)  

Di bawah ni ada beberapa tips ringkas hadapi cuaca panas dan jerebu:-

Tips Hadapi Cuaca Panas
  • banyakkan minum air suam kalau boleh lebih dari 8 gelas sehari. selain menggelakkan hidrasi ianya juga dapat menyejukkan badan.
  • jangan ambil/ kurangkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol(ni memang haram) dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • kurangkan aktiviti di luar ketika panas terik. banyakkan berehat di rumah sekiranya tidak ada perkara yg mustahak untuk dilakukan
  • pakai pakaian yang ringan, warna2 yang terang dan longgar
  • gunakan payung atau topi ketika keluar rumah
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan badan

Kuala Lumpur dilanda Jerebu

Tips Elakkan Penyakit Ketika Jerebu
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

14 comments:

  1. mmg panas thp maksimum skrg ni dik...

    TQSM 4 sharing.

    ReplyDelete
  2. @nza: betul kak, saya sendiri terasa panas dan bahang...sama2 menjaga kesihatan ya =)

    ReplyDelete
  3. kalau hujan rintik-rintik pun dah bersyukur sangat dah..

    ReplyDelete
  4. cik rimau pulak asyik minum ais je 2 3 harini.. panas btul la.. kat rumah pon kalau boleh rase mcm nak berendam dalam air je spnjang mase.. air suam banyak minum kat ofis je.. tekak rase kering je.. huhu

    ReplyDelete
  5. mmg tgh panas tahap gaban ni kan

    thanx ye amik banner akk..kamoo ade banner tak?jap akk nk cari

    ReplyDelete
  6. tips2 yg berguna ni..tq

    mlm2 pon rase lagi panasnya ni..

    ReplyDelete
  7. mmg panas pun..memang kena mandi bnyk kali ah dan air masak memang kena sentiasa ade dpn pc..hehe

    ReplyDelete
  8. Tips yang berguna.terima kasih tt :)

    ReplyDelete
  9. betul la..cuaca skrg nie panas kot...klau bgn jer pagi,trus pergi dapur minum air sejuk...hahaha

    ReplyDelete
  10. shah alam kena sikit kot jerebu td..
    ish dugaan2..

    ReplyDelete
  11. teman skrg sehari mandi 5 kali
    :-)

    ReplyDelete
  12. @nick: haha, memang pun

    @fathiah: semalam ada hujan, 5 minit ja.huh..

    @cikrimau: kena minum air suam byk, ais ni tak bgus sgt sekarang

    @ummihannie: saya tak dak banner.hehe,maaf ya

    @miecyber:sama2 sahabat

    @prince:kdg2 susah nak tidur,pnas sgt..

    @mawaddah: sediakan air sebelum panas =)

    @abu talib: sama2 =)

    @nabilah: pagi dah air sejuk,hehe, memang torbalik.hehe

    @iema: memang pun, jerebu sekarang mungkin cuaca jadi panas

    @hans: elok tu, 6kali pun bagus.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...