
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA
Terima kasih kepada sahabat2 yang terus memberikan nasihat dan semangat supaya aku lebih kuat dan bersedia. Aku ditempatkan di sebuah sekolah cina di kota raya…pertama kali memang rasa tekanan yang melampau…lingkungan budaya dan sosial yang sudah berbeza…menyukarkan aku seketika untuk berinteraksi. Beberapa hari aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan…alhamdulillah…segalanya tenang kembali.
Minggu pertama agak mencabar…terpaksa berulang alik sementara daripada Putrajaya(rumah saudara) ke KL kerana aku belum dapat rumah sewa yang berdekatan sekolah….redah hujan panas dengan motor kapcai…faham saja lah…kos hidup tinggi di KL, aku perlu buat banyak pertimbangan…tentang sewa bulanan, jarak rumah ke sekolah, kawan2…
Sekarang aku cuti seminggu…Tahun Baru Cina…dapat balik sekejap ke rumah berehat…stabilkan apa yang patut…mungkin terlalu letih sekarang demam selesema sepanjang cuti…adoi…seminggu bekerja bercerita alam baharu yang perlu aku pelajari…terus belajar untuk hari kemudian. Semiggu dalam kelompok yang asing mengajar aku banyak perkara yang bermanfaat. MOga Allah memberikan kemudahan dan rahmat kepada semua terutama warga guru baharu…

21 Orang ULTRAS!:
x pe..
leh belaja mandarin sambil tu..
=D
mula2 memang camtu lama2 pasti seronok kan..
waaa...skolah cina..
apa2 pun gud luck..selamat menjadi pendidik yang dedikasi
caiyokk cikgu! :)
lagi 2 sem baru praktikal. (kalau boleh taknak sekolah cina jugak)haha =__=
moga ko tabah bro.....
Cikgu ditukarkan dari mana?
Sekolah cina cabarannya memang lebih dari biasa.
bestnya dapat jadik cikgu...teringin nak jadik cikgu jugak....=D
semoga cepatsembuh dan cepat2 dapat rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat mengajar.>:)
Salam....kak pernah mengajar di sek cina..pening kita..ayam dgn itik bercakap..gitulah...ttp mesti kuat semangat..kene klas belakang...naik darah kita..tiada adat n samseng..
cuma dpt bertahan setahun..di sek tersebut...berulang alik ke PPD minta tukar...perit n tertekan...
Pada Azhan..cari pengalaman dulu...redah n tawakal aje...
Saya pernah mengajar di SMJK Cina lima tahun. Sekolah Kluster
Agak mencabar. Tapi, pengurusan kerja mereka bagus dan kerja kita jadi teratur
Tahun ni dah pindah sekolah biasa. Tapi, masih melibatkan pelajar Chinese
Tempuhi cabaran, kumpul pengalaman...Insyaallah boleh!!!
salam,
mencabar tu situasi serba baru .. apa pun didoakan moga cikgu azhan dipermudahkn .. ;)
salam ziarah tuan..
maaf lama tak berkunjung =)
huhu, nyway syukur la kan dah dapat posting..jangan lupa ramai lg teman kita yg termangu menunggu giliran..
moga semua cabaran dapat ditempuhi dengan tenang, ianya satu pengalaman
salam azhan
hehe
lama jugak tak ke sini.. hehe
semoga sihat2 =)
ajar subjek apa?
hurm...
lebih kurang la kita ya hehehe
xpela la kan.. anggap sbgai 1 cabaran sbg pendidik.. lame2 nnt ok la tu.. bole blajar ckp mandarin kan?? hehe :D
takpe lah cikguu,
kita kan satu malaysiaaaaaa ^_^
cheers !
pengalaman yang mengenjoykan.
boleh timba byk pngalamn. take it as a challenge. best of luck!
mcm mane bley dpt posting ke sane ea??
hmm, tabahkan hati..doa byk2..insyaAllah..sglenye dipermudahkan :))
macam mana dgn sekolah di sana?
seronok tak?
P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
assalamualaikum..kena posting sek cina? sama lah kita.pengurusan ok tak? tempat saya ni agak kucar kacir..kdg2 nangis juga. good luck
assalamualaikm
mak cik pernah mengajar di smjk cina selama 21 tahun. pelajar kelas bawah mmg sgt2lah nakal. tanya siapa 'taiko'(tak semestinya monitor) utk penyelesaian.
yang baiknya, segala aktiviti cocu pelajar buat sendiri A to Z, cikgu cuma sbg fasi, datang utk tengok saja.
segala sistem pengurusan mmg sgt terancang, lengkap dan memudahkan.
bila mak cik dah nak pencen ni kena la d sekolah melayu, kalo mati dpt la Al-fatihah xde la org bertafakur sj
Post a Comment