27.6.12

Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Langkah Awal Sebagai Presiden Mesir


Salam untuk semua, moga Allah merahmati

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!  Dr. Muhammad Mursi, Presiden Baharu Mesir! Gema dan berkumandang laungan takbir di seluruh pelusuk Mesir khususnya dan negara Arab serantau...itulah yang aku bayang-bayangkan sejak akhir2nya ini, dan sahabat2 pembaca juga mampu merasai bagaimana rasa syukurnya dengan kemenangan Islam di bumi para anbiya' dan alim ulama itu! Jauh ribuan batu antara kita dan mereka...tidak kekok untuk turut sama bergembira...dari situ terasa indahnya persaudaraan Islam. Jarak bukan pemisah dan benteng kepada talian ukhwah, doa seluruh umat Islam mengutuhkan lagi pertalian dan memberikan kekuatan kepada mereka berjuang.

Selepas kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang baharu, beliau telah membuat beberapa keputusan yang mampu direnungi dan dicontohi oleh para pemimpin Islam seluruh dunia khususnya di negara Malaysia yang dicintai.


1- Dr.Muhammad Mursi menyarankan agar tidak diadakan perayaan besar-bsaran menyambut kemenangannya bahkan bergegas membaiki segala kekurangan negara dan bermula menjalankan projek-projek dan cadangan pembaikan sebelum ini.

2- Dikatakan Dr.Muhammad Mursi ingin menyerahkan keseluruhan gaji Presidennya kepada pembangunan negara.

3- Dr.Muhammad Mursi mengarahkan pasukan peguam bagi siasatan semula kes Husni Mubarak dan menteri-menterinya yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan pendemonstrasi ketika revolusi.

4- Dr.Muhammad Mursi mencadangkan agar syarikat-syarikat besar tidak mengiklankan ucapan tahniah di dada akhbar seperti yang dilakukan sebelum ini, bahkan duit itu lebih baik disalurkan kepada manfaat negara.

5- 40 pimpinan tertinggi Amin Daulah(Unit keselamatan dalam negeri) dihadapkan mahkamah jenayah.

6- Dr.Muhammad Mursi enggan menerima surat ucapan tahniah Presiden Syria Basshar Assad sambil menyatakan kerajaan yang sebenar adalah rakyat Syria yang dizalimi.

7- 2 kebakaran besar dicatatkan hari ini di kedai-kedai baju Port said dan Arkib trafik polis di Ghamr punca kebakaran tidak diketahui.

8- Israel meminta agar agen perisikannya yang pada tahun 2000 ditangkap dilepaskan.

9- Esok 27 Jun akan diumumkan barisan menteri kerajaan baru.

10- Polis Mesir memulakan kempen besar-besaran di seluruh wilayah membanteras dan menyerbu sarang-sarang dadah bermula hari ini.

11- Dr.muhammad Mursi hari ini mengadakan pertemuan dengan anggota tertinggi polis dan kementerian dalam negeri membincangkan isu-isu keselamatan.

12- Dr.Muhammad Mursi enggan menemui wakil kerajaan Iran atas sokongan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria.

13- Dr.Muhammad Mursi mengadakan pertemuan dengan wakil keluarga syuhada yang mati terbunuh ketika revolusi.

14- Dr.Muhammad Mursi mengadakan pertemuan bersama speaker Dewan Rakyat Dr.katatni dan Dr.Fahmi membincangkan perkara berkaitan parlimen.

15- Beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

sumber: Ikhwan Muslimin FB


Gambar Menarik Dr Muhammad Mursi
 Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.


"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden." 

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.


1. menukarkan gambar presiden dengan lafaz Allah jalla jalalah
2. menyerahkan seluruh gaji presiden untuk pembangunan negara, hanya tinggal di rumah sewa
3. isterinya menolak dipanggil FLOM, panggil khadam pertama..sangat simple orangnya
4. seorang syeikh menangis kerana masih diberi kesempatan melihat suasana sebegini sementara dia masih hidup.
 
Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir mencium mata salah seorang yang hilang penglihatan semasa Revolusi ..Inilah dia seorang pemerintah islam dengan rakyatnya. Terharu melihat gambar ini. Setiap orang yang berjuang untuk bebaskan negaranya beliau mengambil berat dengan nasib mereka.-sumber: www.youm7.com


Iran negara Syiah tidak diiktiraf "sahabat" selagi menyokong Basyir Al Assad.

 
Beberapa hari selepas kemenangan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir, media-media Iran memainkan isu berkenaan hubungan di antara Iran-Mesir.

Media-media Iran juga melaporkan bahawa kononnya Dr Morsy ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, bahawa Dr Morsy akan mengukuhkan hubungan Mesir-Iran.

Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi kempen Dr. Morsy, Farid As-Sayyid menafikan ucapan yang disandarkan kepada Dr Morsy tersebut. Bahkan beliau menafikan bahawa Dr Morsy pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita daripada negara Iran.

Menurut beliau, kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr Morsy akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian beliau terhadap Iran yang terang-terangan menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau (Dr Morsy) sebelum ini iaitu :

"Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria.


Rumusan

Tidak sampai seminggu beliau menaiki tampuk pemerintahan sebuah negara Islam yang punya kuasa dan pengaruh yang kuat di dunia, beliau bukan sahaja mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan rakyat bawahan...malah punya iltizam dan cita-cita yang tinggi untuk merubah negara yang pernah dibayangi dengan pemimpin2 diktaktor suata masa lalu kepada negara "untuk rakyat'.

Titik darah yang mengalir di sana sudah berbalas...pengorbanan Ikhwan Muslimin mula menampak hasil...permulaan buat perubahan Islam di dunia baru bermula...bumi Gaza insyaAllah lebih terbela selepas ini...selamat datang era baru yang lebih gemilang!

Aku doakan Allah tetapkan hati Dr Muhammad Mursi di Mesir, Tayyib Erdogan di Turki seterusnya pemimpin2 Islam seluruh dunia supaya berdiri atas landasan syariat yang benar. Selepas ini tidak mustahil suasana yang sama dirasakan di tanah airku sendiri....

11 comments:

  1. meremang bulu roma aku weyh..

    mmg kagum btoi dgn beliau. pemimpin hebat!

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbarsame here.meremang bulu roma saya baca,semoga dinegara kita dimasa akan datang ada kepimpinan seperti ini..amin...

    ReplyDelete
  3. Tertarik dengan ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru


    "Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy paintless dent removal

    ReplyDelete
  4. assalam, tq atas info yg sangat menarik...Allahu Akbar

    ReplyDelete
  5. Apakah ada mursi lain di bumi tercinta ini?

    ReplyDelete
  6. terharu atok baca entry ni....berpeluangkah negara kita menikmati saat macam tu jugak?

    ReplyDelete
  7. Ucapan Presiden : Dr. Muhammad Mursi

    "Aku sangat yakin dengan kelebihan (kurniaan) Allah, kemudian aku yakin dengan kamu samua. Aku tidak takut melainkan kepada Allah, setelah itu aku bekerja untuk kamu dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, aku datang pada hari ini untuk bertemu rakyat Mesir setelah aku mendapat kepercayaan dan dipertanggungjawabkan dengan amanah. Aku datang untuk memperbaharui janji dengan kamu semua.

    Aku ingatkan kamu semua, bahawa kamulah tujuan yang menjadi tempat untuk aku mulakan segalanya, setelah pertolongan Allah yang menyokongnya. Adakah kamu sudah bersedia? Adakah kamu bersama aku sehingga akhir bagi mendapatkan kembali hak-hak kita dan hak-hak kamu? Ini segalanya adalah kehendak kamu, setelah ia juga merupakan kehendak Allah.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair bumper kemek kedalam

    ReplyDelete
  8. wahhh pemimpin hebat, sy br tau pasal dia. .

    ReplyDelete
  9. Ucapan pertama Dr. Muhammad Mursi..lebih kurang macam Yang Abu Bakar As-Sidiq ucap sewaktu beliau di lantik menjadi khalifah. AllahuAkbar...

    ReplyDelete
  10. terharu gler weyh.. ble lah malaysia pn nk ad pmmpn cm ni gak....?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...