31.12.12

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2013 Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Gambar Menarik)


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, 2013 pintu tahun baru sudah dibuka...bukan dengan kehendak siapa tetapi tetap yang semakin tua akan merasainya. Sambutan Ambang Tahun Baru 2013, aku, adik aku dan sahabat2 lain sempat sertai Sambutan Ambang 13 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Difahamkan jumlah kehadiran malam tu 120K, pergggh! kalau muatkan Stadium Bukit Jalil ni ngam2 penuh tempat duduk dan padang. Aku balik malam lepas program tu memang jalan sesak, itu cilok dengan motor ja cepat sikit...kalau yang kereta silap-silap 4 pagi baru sampai rumah.

Tahniah! Program yang hebat, warna warni pengisian ilmu dan hiburan yang dekat dengan jiwa anak2 muda terutamanya. Jom pakat usha2 sekejap gambar yang aku sempat snap kat bawah...maaflah kalau ada gambar kualiti rendah, aku guna lens cap ayam saja...tak mampu nak bagi impak sangat. Layan...


Sekitar gerai jualan pada petang 31 Disember 2012. Sempat pekena nasi arab petang tu...

Kak Abby(Insp Haliza) dan Diana Amir sembang santai bersama Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.


Moderator, Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.

Lepas sahaja solat maghrib, aku disapa oleh seseorang...

"Azhan....?" Soal seorang anak muda.

"Ya..." sambil angguk2 saja hulur tangan bersalaman.

"Azhan...? Hang kenai dak aku ni...?"

Begitulah lebih kurang, aku memang tak dapat ingat rupa dia...yaloh dah dekat 10 tahun tak pernah jumpa. Akhirnya program ilmu ni jumpa semula sahabat yang pernah duduk satu dorm dan satu sekolah dulu. Dulu2, pernah jugak aku dok teringat2 member sorang ni...Alhamdulillah sekarang dah jadi doktor gigi dah sahabat aku ni, bertugas di Kota Kinabalu.(Ayin) Dr. Ahmad Zhafri Mohamed. Tahniah bro! khabarnya baru melangsungkan perkahwinan 2 bulan lepas. Apa pun selamat diperantauan! InsyaAllah.

 Lepas solat Isyak di khemah utama, syukur jugak dapat tempat yang ok...senang nak shoot walau lens cap ayam =)

Exco Pendidikan Negeri Selangor, YB Dr Halimah...orang kuat program Ambang 13. Makna 13 tak cukup sekadar 2013 tetapi PRU13! Kekalkan!

 Wan Zack Haikal Wan Nor, pemain Harimau Malaya. Bergandingan dengan seorang srikandi motor...aku pun tak ingat nama adik tu. Umur 17 Tahun dah naik podium race cub prix! Dasat!

 Wan Zack nampak malu2 sikit...adik perempuan tu stedy ja....haha

 Abang Aziz M. Osman, usia cecah 50 tahun tapi masih muda. Gandingan bersama Ust Halim sebagai juruacara.



 Ali XPDC, stedy lagi...vokal masih mantop!

 Diana Amir deklamasi sajak.

 Syeikh Ali Soubuni, Ketua Ulama Syria! Allahuakbar. Nasihatnya ringkas tetap padat dengan ilmu. Sudah berumur 83 tahun tetapi mohon dipanjang usia kerana takut masih tak cukup bekalan akhirat....banding dengan aku ni langit dan bumi...


Ustaz Nazmi Karim penterjemah.

 Ni motor adik perempuan tu...set2 mat rempit makan asap ja la...



 Suka adik ni, dia terpilih oleh UAI untuk dapat hamper besar! hehe

 UAI bersama dua artis terkenal. Kamal Adli dan Pierre Andre


 Lakonan pendek antara tiga tokoh di atas menghiburkan!

 Ustaz Haslin Bahrin, UAI dan Dato' Malek Nor, bual bicara sambil penuh dengan pengisian ilmu.



 Penutup majlis dengan Asma' Ul Husna dan Bacaan Doa oleh UAI! Alhamdulillah.

 
 Aku dan sahabat2 yang hadir.

5 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Selamat tahun baharu,
    semoga tahun ini memberikan kita jutaan rahmat buat kita semua :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ini pembaharuan yang kita mahukan..... :)

    ReplyDelete
  3. wah..selebriti pun ada..tapi yang ni tak masuk berita tv..heheh

    ReplyDelete
  4. 120k..tahun lepas 80k..tahun bape plak

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...