4.12.12

Video Samseng UMNO di GOMBAK | Anak Muda Masih Dengan UMNO?


Diawal rakaman video ini anda akan melihat batu-batu berterbangan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ucapan di hadapan pentas.

Keganasan samseng UMNO ini telah mengakibatkan seorang mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.



Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas - Laporan oleh Keadilandaily




Azhan: Molek la kalau doakan KO pun, memang kalau tengok gaya macam tak lama dah KO dalam PRU13. Aku anak muda, mohon maaflah!...aku dah naik meluat tengok budaya anak muda dalam UMNO (BN)...! Makin lama makin tak tentu hala perangai dan akhlak...Kalau ada hampa tak suka blog ni kerana banyak menentang UMNO, apa aku peduli...biar dibenci kerana membenci kezaliman daripada disayangi kerana bersekongkol dengan kezaliman.

Daripada sumber2 dalam UMNO sendiri, kebanyakkan depa daripada sebuah pertubuhan silat...aku malas nak nyatakan pertubuhan mana mungkin akibat segelintir penyangak kurang akhlak rosak satu pertubuhan nanti. Aku pun belajar silat, belajar juga seni mempertahankan diri lain, diajar dan dipesan oleh guru supaya hormat silat Melayu dan pertubuhan seni bela diri lain...bukan belajar nak lagak samseng pukul sana sini. Silat itu hanya usaha dan ikhtiar mempertahankan diri, jangan sombong dan takabur nikmat Allah berikan bila2 masa boleh dicabut nanti.

Anak muda sekarang ramai cerdik pandai, bukan menilai dengan siapa kuat bertarung di medan dan gelanggang perlawanan tapi ilmu dan hujah yang mempertahankan. Selagi masih bertapak jiwa samseng cap ayam ni sampai bila anak2 muda gagal membentuk budaya politik yang harmoni dan matang, yang menjadi mentor tak lain si tua2 yang gila kuasa.

1 comment:

  1. drastik sangt tindakan mereka nih..agaknya depa dah dapat rasa kot nak kalah tu.tu yang sampai serang2 orang tu..heheheh

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...