25.1.13

Jual Bayi Seorang RM18 000

Salam untuk semua,moga dirahmati

Masih tak terlambat aku nak ucap Salam Maulid Rasul kepada sahabat2. Pagi ni aku terbaca surat khabar online...kisah berdagang manusia, beberapa orang bayi dan kanak2 nak dijual...dapat dikesan dan ditangkap. Yang menyedihkan, ada ibu bapa tergamak nak jual anak ke pasaran gelap, khabarnya seorang bayi boleh mencecah 18k ke atas, mengikut para rupa...sampai macamtu sekali orang cari duit?!! Buat dapat anak kembar dua, seorang 18k..senang2 "pasangan kejam" boleh untung RM36k...dah boleh angkat VIVA cash! Kerja Gila!

Kalau kat India orang mati, dijual mayat...kat Malaysia jual manusia. Puncanya apa? Puncanya MISKIN. Aku teringat seorang ustaz pernah cakap, bahawa nabi pernah sabda, Kemiskinan ni mendekatkan kepada Kekufuran. Betul dak? mungkin dalam kalangan sahabat2 yang mengaji agama, mungkin lebih faham hadis ini dengan mendalam. Sebab miskin orang boleh kufur pada Allah, sebab miskin manusia sanggup buat apa sahaja, tak kira dosa pahala...jual anak, makan rasuah, merompak dan sebagainya...na'uzubillah.

Moga rezeki yang diperoleh membuah barakah, biar sedikit tapi cukup. Ya dak? Gaji kecik hati senang dan tenang cukuplah bagi aku! =) Lindungilah kami dari bahana kekufuran.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...