21.1.13

Najib Melawat Kelantan Raih Undi | Rakyat Kelantan Berdikari

Salam untuk semua, moga dirahmati

Baru ni DS Najib turun ke Kelantan, yang lebih menarik beberapa siaran TV siap siaga dengan siaran live untuk program di sana. Sempatlah aku tengok 5 minit ucapan Najib sebelum bertukar ke channel lain...bikin sakit jantung! haha. Nak jugak tau apa dia cakap, dalam tempoh tu tertarik dengan lenggok dialek Kelate yang cuba dituturkan walau diparas biasa2...tak pure sangat lah.

Berapi-api ucapannya, kalau betul2 api yang keluar terbakar habis pokcik mokcik di depan...haha. Janji manismu selalu aku dengar! Lebih 20 tahun bro...Kelantan berdiri atas kekuatan sendiri, harapkan bantuan kerajaan pusat, dinafikan puluhan tahun. Aku bagi contoh Lebuh Raya Rakyat tanpa tol yang sedang dirancang di Kelantan, apa Kerajaan Pusat bagi? Yang ada himpunan OKU (orang kuat Umno) sambil bawa barang2 buruk untu bina jalan. Naif...dibina untuk semua, dibalas dengan penuh hina. Kalau untuk dibalas kejam, mohon OKU tak dibenarkan lalu di jalan itu...kalau nak lalu sangat perlu caj tol...

Aku pernah terbaca sebuah buku kajian politik sosial di Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu antara negeri yang mudah buat "perubahan" kepimpinan, kalau tengok sejarah dua negeri ini cukup menarik, silih ganti antara PAS, UMNO. Penulis buku tu bahaskan juga kenapa jadi begitu? 

Pertama soal ekonomi. Orang Kelantan kebanyakkannya adalah peniaga, mereka punya sumber pendapatan sendiri. Mereka bukan hidup bergantung harap pada Kerajaan semata2, lebih berdikari dan matang mencari rezeki...tak kisah siapa memerintah kerana sumber pendapatan tetap sama dan makin maju. Rakyat Kelantan juga suka merantau, di mana negeri mereka ada kelompok Pantai Timur. Buktinya mudah, kalau kita buat pemerhatian, kedai2 makan...sekitar KL yang majoriti Melayu...banyak datang dari Kelantan. Kawasan Pantai Dalam, Kg Baru, Kg Pandan, Taman Medan...negeri lain aku jangkakan hampir sama, sebab kawasan rumah aku kat Kedah juga lebih kurang macam tu.

Kedua cara hidup. Apabila ekonomi ditadbir selia oleh setiap individu, konsep bergantung harap sudah tiada...siapa/ kerajaan mana yang dianggap mampu memberikan lebih nilai hidup akan dipilih...mereka juga lebih berani membuat perubahan, tidak gentar memikirkan soal makan minum kemudian hari. Aku teringat kata2 seorang kawan... "Hang kena ingat, kalau bukan UMNO perintah....lama dah kita makan pasir..." Agak2 la nak tipu aku, budak tadika pun tak kolot macam ni punya fikiran..."Cacing dalam tanah Allah berikan rezeki ini kan manusia yang beriman" Selain tu semangat kenegerian sangat tinggi, mungkin itu juga penyatuan hebat mereka walau kadang2 menimbulkan rasa tidak senang negeri2 lain.

Ketiga pendidikan: Yang terakhir, pegangan agama dan ruh Islam di sana hebat, rakyat di sana hidup dengan sekolah2 pondok, di situ aku lihat tak banyak beza dengan Kedah, beberapa daerah di Kedah kekuatan sekolah pondok masih bergerak hebat. Ulama menjadi sanjungan dan sumber rujukan. Kekuatan Islam di Kelantan lebih menarik minat mereka bertahan hingga kini dengan PAS. Allahuakbar!

Betoi dak orang2 Kelantan? sekadar pandangan daripada anak jati negeri Kedah =)

orang bagi ambil, undi belum pasti.

3 comments:

  1. akak pun ada tengok semalam..bukan main lagi cakap kelantan..
    yang palimng kelakar bila dia suruh orang yang dengar ucapan dia tu sambung dia punya ayat..macam terpaksa je bunyi nye..hahahh

    ReplyDelete
  2. bawak masok hiburan kat Kelantan sebab dia tahu remaja Kelantan dahagakan hiburan. yang ramai datang semalam bebudak sekolah lah, remaja2 lah. me? pergi semalam sebab ada member suruh pergi tengok ada apa, dapat jugaklah tanya, betol ke kerajaan nak sponsor buat sambong master. jawapan dia berbelit. wallahualam..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...