24.2.13

Initipati Utama Manifesto Pakatan Rakyat PRU13 (Download) | Manifesto Rakyat


http://4.bp.blogspot.com/-lg_mOzMqLYk/USsR9-1QHPI/AAAAAAAAMtk/V5s32uC5cVI/s1600/Manifesto+Rakyat+PRU13.jpg

Salam untuk semua, moga dirahmati

Pakatan Rakyat telah melancarkan manifestonya “Manifesto Pakatan Rakyat” sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Manifesto PR dibentangkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. PRU13 kali ini boleh dijangkakan antara yang paling sengit sepanjang zaman, pertembungan pelbagai idea, corak politik yang semakin matang, pengaruh media terbuka yang berkembang pantas pasti membuatkan gelanggang PRU13 bakal mewujudkan saingan yang hebat.(Manifesto Rakyat)

Bagaimana pun, jom kita baca dan teliti terlebih dahulu isi kandungan manifesto Pakatan Rakyat. Apakah sesuai dengan kehendak anda sebagai bakal pengundi nanti, pengundi yang bijaksana memilih pemimpin secara bijaksana iaitu dengan ilmu dan pengetahuan.

Manifesto Pilihanraya Umum ke 13 Manifesto Pakatan Rakyat Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013). Gaji Minima RM1,100, Cukai RM4,000 Ke Atas & Skim Gaji Baru Penjawat Awam. Apa Kata Anda?

4 Teras Utama



Konvensyen Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan RakyatManifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto PR

Manifesto Pakatan Rakyat


1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
  • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
  • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :
  • Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
  • Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
  • Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
  • Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
  • Tabung inovasi IKS RM500 juta
  • Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
  • Memberi permit terus kepada pemandu teksi
5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
  • Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
  • Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000 berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini
6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :
  • Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi)
8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :
  • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
  • menambah bilangan bas yang sedia ada
  • merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :
  • Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :
  • Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik
Apa pandangan anda dengan Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini?




Link untuk download Manifesto Rakyat


2 comments:

  1. NI BARU BETUL2 UNTUK RAKYAT...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Janji yang perlu ditepatu, insyaAllah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...