13.3.13

PRU13: PAS vs UMNO | Yang Mana Lebih Relevan?

http://2.bp.blogspot.com/-sSra0j1FnDQ/T8rdwQa0lNI/AAAAAAAAJ_E/-NHaTQTUcwE/s400/Debat%2BPAS%2Bvs%2BUMNO%2BSiapa%2BSesat.gif

Salam untuk semua, moga dirahmati

Kali ini aku nak kupas satu isu, sejauh mana parti politik perlu berubah mengikut perubahan zaman? Mungkin isu ini agak bosan jika pembaca kurang berminat soal politik tetapi mungkin satu perkara yang boleh dijadikan panduan atau pertimbangan untuk membuang undi nanti. Isu ini mengingatkan aku kepada suatu kata-kata daripada seorang pensyarah aku semasa zaman belajar dulu, iaitu Dr Ramli juga merupakan pensyarah bidang sejarah, 
"Politik Malaysia semakin berubah. Saya melihat parti politik yang memperjuangkan semangat bangsa dalam era politik moden sudah tidak releven kerana tuntutan sekarang bukanlah soal diskriminasi bangsa ".


DASAR PARTI

Dalam konteks kepartian di Malaysia, aku memilih seteru kuat yang dominan, iaitu UMNO dan PAS sebagai contoh mewakili BN dan PR. Dua parti politik yang mempunyai sejarah dan susur galur yang panjang dalam lipatan sejarah di Malaysia. Dasar perjuangan PAS bermatlamatkan ISLAM, manakala UMNO dasar perjuangan untuk bangsa MELAYU. Ringkasnya, dasar perjuangan kedua parti yang lebih universal dan terus relevan ke hadapan adalah PAS. 

Kenapa dasar perjuangan ISLAM itu universal? Jawapan yang mudah, bukti terbaik, contoh paling utama adalah sejarah pemerintahan Rasulullah di Madinah, seterusnya Khalifah-khalifah Islam yang memimpin empayar besar di dunia. Dibawah naungan Islam, masyarakat bukan Islam turut terbela kerana Islam diturunkan untuk semua manusia dan adil kepada semua tanpa mengira rupa paras, warna kulit, keturunan dan sebagainya.

Dasar perjuangan Melayu? Di usia awal kemerdekaan mungkin dasar ini amat penting untuk menjaga kepentingan rakyat peribumi, penduduk asal tanah Melayu. Namun dasar menjaga kepentingan Melayu semakin dimamah zaman kerana mahu tidak mahu menerima kepelbagaian kaum adalah teras kepada perpaduan negara. Memperjuangkan satu bangsa sahaja mustahil mampu menyatukan pelbagai bangsa.

Mungkin ada yang mempersoal, dalam BN ada MIC, MCA dan komponen lain yang tetap menjaga kaum dan suku masing-masing? Ya, benar. Jika itu berlaku dengan adil amatlah dialu2kan, tetapi realitinya tidak sama kerana masing2 berlumba2 untuk mendominasi sesama sendiri. "Hah! UMNO perlu jadi KETUA kerana Melayu itu asal penduduk tanah ini," Bangsa lain pula akan bersuara dengan nada hampir sama "Kami jugak perlu hak begitu begini..." Begitulah apabila negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, kematangan rakyat semakin baik. Dasar perjuangan bangsa kian ketinggalan dengan kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Apakah mampu memberikan keadilan kepada semua selain bertunjangkan kepada Islam?


MEDIA

Kuasa media berpihak kepada kerajaan. Sejak dulu hingga kini kebebasan media diperjuangkan namun suara media perdana tidak pernah berubah skripnya. Tetap sama intonasi. 30 minit berita perdana mula menjadi perkara yang "membazirkan masa". Di sini aku melihat kesilapan besar kepada UMNO, mengongkong media 20-30 tahun lalu mungkin satu kelebihan bermakna kepada mereka. Namun perubahan kepada media maya yang berkembang pesat, membuahkan impak cukup berbeza apabila masyarakat semakin matang membaca dan menilai sesuatu isu. 

Rakyat mula menilai ketidakimbangan laporan dalam media perdana, seterusnya mengimbangi semula dengan berita-berita alternatif daripada laman maya. Kesilapan ini mengongkong media dalam arus media maya begini boleh dilabelkan UMNO tersilap strategi dengan "peluru makan tuan". UMNO tidak mahu berubah dalam mengambil pendekatan media yang lebih terbuka, akibatnya mereka juga yang terpaksa menanggung derita atas pelaporan berita yang fitnah dan kurang etika.

Jika media bebas? Kebaikannya kepada rakyat, rakyat mampu menilai secara bebas dan matang. Kelebihan juga kepada UMNO yang memerintah. UMNO akan dipandang tinggi dengan semangat demokrasi malah perubahan itu juga membanteras segala silap dalam melaporkan sesuatu isu-isu politik nasional. Perubahan dengan zaman yang sudah berubah sedikit sebanyak UMNO akan kekal releven di mata rakyat. Malangnya! Itu tidak terjadi. Justeru, rakyat memilih untuk alternatif lain menggantikan UMNO dalam pemerintahan.

Aku berpandangan, PAS beberapa tahun lalu kurang efektif dalam penyebaran maklumat, lebih kepada cara lama, iaitu ceramah. Ceramah memang sinonim benar dengan aku sejak zaman sekolah rendah sampai kini tak putus2 hadir ceramah walaupun isi-isi ceramah kadang2 dikitarsemula daripada isu-isu lama. Kadang2 aku turut merasa bosan dengan perkembangan yang agak perlahan daripada PAS, selain akhbar Harakah juga menjadi akhbar penyebar maklumat dan ilmu kepada pembaca. Tak dinafikan juga, media perdana yang dikongkong, pentas ceramah sahaja tinggal sebagai saluran suara kepada PAS.


PENDEKATAN PARTI

UMNO dengan dasar perjuangan Melayu tetap sama sejak dulu, keutamaan kepada Melayu adalah prinsip parti. Pendekatan PAS dilihat semakin berbeza dengan perubahan corak politik negara. Kalau dulu PAS sinonim dengan "parti tok guru" atau "parti ustaz", tetapi sekarang sudah berbeza PAS bukan sahaja dianggotai oleh orang Islam pelbagai bangsa tetapi PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong yang dianggotai oleh golongan yang bukan Islam yang berdiri dibelakang perjuangan Islam. Hebat! Di situ tanda aras bahawa perjuangan Islam mampu memberikan keyakinan kepada semua tak kira agama tentang soal keadilan dan keamanan.

UMNO dengan dasar yang agak "tertutup" mungkin agak mustahil UMNO akan bersuara menyatakan bangsa Cina atau India yang teraniaya? Memang pelik lah jika itu benar-benar berlaku. Berbeza dengan perjuangan Islam tidak kira siapa yang tidak mendapat hak, wajib diperjuangkan supaya keadilan dirasai oleh semua. Pendekatan yang berbeza antara kedua parti cukup melihat bagaimana proses kematangan parti itu berubah.

Selain itu, parti politik juga mencorakkan akhlak dan moral. Sekarang, PAS sudah mula diterima oleh golongan selebriti seperti artis-artis yang berhijrah. Pendekatan agama antara membentuk akhlak dan moral kepada ahlinya. Berbeza dengan UMNO yang kini dihentam dengan beberapa persoalan moral seperti rasuah, salah guna kuasa, kronisme, dll. Masalah moral dalam UMNO ini bukanlah perkara baru tetapi sejak sekain lama malah dipersoal sendiri oleh pimpinana2 UMNO sendiri. Selain itu, budaya samseng pula semakin merebak dalam kalangan anak muda UMNO selepas tragedi-tragedi samseng terhadap pihak lawan.

Justeru, melalui beberapa perbandingan di atas, dapat difahami bahawa parti politik perlu berubah mengikut kehendak semasa malah lebih jauh memikirkan beberapa kemungkinan untuk jangka hayat masa depan untuk terus relevan di mata rakyat dan "hidup" atas realiti politik semasa.

7 comments:

  1. betul la..
    PAS dulu banyak ceramah je..bukan semua orang pergi ceramah PAS.rasanya kalau buat saluran tv bagus jugak..heheh..kena ada dana lebih le..tapi rasanya duit tak jadi masalah..yang jadi masalah nanti dikatakan saluran haram..heheheh

    ReplyDelete
  2. Harap PAS juga memerintah secara adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya, seperti di universiti, biasiswa dan jawatan awam yang kini kaum selain bumiputra yg lebih layak ditidakkan hak kerana memberi laluan kpd kaum bumi, sedangkan itu adalah bercanggah dgn kosep adil, cth: kaum bukan bumi 10A baru dapat masuk matrik kaum bumi hanya perlukan 3A spm, hakikat! adakah ini adil?

    KLIK guru hina pasukan keselamatan direman

    ReplyDelete
  3. harap siapa yang memerintah nanti semoga menghargai kepercayaan rakyat kepada mereka dengan melakukan bersungguh2 apa yang dijanji :-)

    ReplyDelete
  4. apa betul Pas boleh memperjuangkan islam dalam konkongan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..lepas diorg langkah mayat karpal dululah..

      Delete
  5. Bodoh... Perbincangan yang berat sebelah..Realitinya PAS digunakan oleh Pembangkang.. Kalo sokong PAS masuk Islam la. apesal sokong ja tp tidak beriman.

    ReplyDelete
  6. kw fhm x maksud ap yg org nie sampaikan kt ats??

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...