8.4.13

Kisah Diskusi Politik Dengan Pekerja Indonesia! Cerita 5 Tahun yang lalu.

http://4.bp.blogspot.com/_klhAZnO8Kio/SwFTI-tpUGI/AAAAAAAAAUg/L2kHmMFDVhs/s400/tukang-sampah1.jpg
 (gambar hiasan)

Salam untuk semua, moga dirahmati

Aku nak kongsi satu cerita 5 tahun yang lepas, waktu tu zaman aku masih di peringkat pengajian di Institut Pendidikan Guru.  Aku tinggal di asrama kampus IPG, iaitu asrama 13 tingkat di tengah kota raya, Parlimen Lembah Pantai...sudahlah asrama itu terletak di atas bukit, bangunannya pula tinggi, asrama itu agak usang memandangkan usianya juga sudah mencecah lebih 50 tahun. Awal aku menetap di situ, memang banyak juga lah kisah2 seram yang dikhabarkan, tak kurang dengan kemudahan seperti tandas yang terlalu uzur ditambah bentuk dalamannya yang agak buruk dan unik.

Ketika aku tinggal di kampus, kerja pembaikan dan penambahan kemudahan2 memang sedang rancak dijalankan. Tandas yang uzur dan usang berubah wajah sama sekali, pintu bilik, almari, sistem saliran dan banyak lagi yang dibaik pulih. Pekerja-pekerja pembaikan kebanyakkan warga Indonesia, salah seorang daripada pekerja itu ditugaskan baik pulih pintu bilik aku yang rosak. Waktu tu, aku pula sedang khusyuk di hadapan komputer, macam biasa siapkan tugasan sambil mencari maklumat2 semasa. Selesai pak cik itu buat kerja, dia datang menghampiri aku terpaku dan tertarik dengan wallpaper komputer aku yang tertera gambar TG Nik Abdul Aziz, MB Kelantan juga ulama tersohor.

Pak cik tu warga Indonesia lingkungan usia 50-an, dia dah menetap di Malaysia lebih 20 tahun. Lenggok dia cakap pun sudah seperti warga Malaysia, dia seperti ingin tahu sesuatu daripada aku, iaitu tentang hal politik Malaysia. Melihat kepada gambar TG Nik Aziz pada skrin komputer aku sudah jangkakan beberapa soalan yang akan ditanya. Aku memberi sepenuh perhatian kepada pak cik itu sambil menjemputnya duduk.


"Kenapa tak sokong dengan kerajaan yang ada sekarang? Kerajaan sekarang pun sudah baik. Banyak dia bagi pada kamu semua." Pak cik itu memulakan bicara, aku pula memberikan sepenuh perhatian terhadap bicara.

"Saya tak setuju sebab kerajaan sekarang sudah banyak kezaliman yang mereka buat, rasuah, salah guna kuasa." aku sekadar menjawab ringkas.

"Betul memang banyak kezaliman itu, tetapi saya lihat orang Malaysia lebih beruntung daripada orang Indonesia. Kami di Indonesia nak belajar macam kamu sekarang ini pun sukar, bukan semua mendapat pendidikan yang baik. Nak pergi sekolah pun susah." Jelas pak cik tu, dia kelihatan cakna dengan perkembangan politik Nusantara.

"Di Malaysia rakyat lebih senang, tak macam kami di Indonesia banyak orang2 susah, sebab itu kami tak mampu nak belajar dan jadi orang pandai macam di Malaysia. Sambung pak cik itu lagi.

"Saya faham Indonesia keadaannya begitu, saya juga simpati. Cuma penduduk Malaysia dengan Indonesia juga sudah jauh sangat bezanya. Jadi peluang untuk sediakan segala kemudahan seperti pendidikan di sekolah juga mungkin agak sukar di semua kawasan ditambah Indonesia ada ribuan pulau2 kecil." Aku cuba sebaiknya menyampaikan mesej supaya pak cik itu lebih memahami situasinya malah tidak berkecil hati.

"Kalau Malaysia ingin lebih baik dan lebih maju dalam pendidikan, ekonomi, pentadbiran, rakyat Malaysia tidak boleh banding beza dengan Indonesia. Kalau kita nak berjaya kita mesti tengok orang yang lebih berjaya. Kalau kita nak jadi kaya mesti kita mesti lihat bagaimana orang kaya menjadi kaya kan? Soal aku kepadanya.

"Ya betul. Nak jadi lebih kaya kena belajar daripada orang lebih kaya. Malaysia mungkin perlu belajar dari negara Jepun, Korea, Amerika tetapi Indonesia perlu belajar dari Malaysia." Pak cik itu mengakui.

Saya datang dulu ke Malaysia saya rasa lebih senang, banyak yang saya dapat, semua kerja saya boleh buat untuk simpan wang. Saya kurang setuju kalau kamu semua tukar kerajaan yang ada." Terusnya lagi. Nadanya masih kurang berpuas hati.

"Benar, pak cik sekarang lebih selesa di Malaysia. Tetapi kami rakyat Malaysia ada pilihan. Jadi tak salah sebenarnya kami memilih orang yang lebih baik jadi Perdana Menteri. Kalau kami tiada pilihan untuk memilih pemimpin yang baik mungkin kami juga menurut sahaja apa kerajaan buat. Jelas saya.

"Kalau pak cik ada pilihan untuk kahwin, perempuan cantik atau perempuan yang tidak cantik yang dipilih jadi isterinya? Soal saya sambil tersenyum.

"Mestilah cantik!" cepat sahaja jawapannya sambil ketawa besar. Mungkin usia emas masih berhati muda.

"Sekarang pak cik mengerti kenapa kamu semua usaha untuk tukar kerajaan sekarang. Kamu semua nak yang "cantik"! Sambungnya tersenyum. Aku membalas senyuman sambil pak cik itu meminta diri untuk menyambung tugas-tugasnya di bilik yang lain.

Begitulah antara kenangan yang masih kekal ketika zaman aku belajar dulu. Tak sangka pekerja Indon pun tau apa yang berlaku di Malaysia dengan baik. Jom ubah untuk masa depan Malaysia yang lebih baik! =)


2 comments:

  1. keh keh keh! tunggu pula cerita seramnya...

    ReplyDelete
  2. Paman tu ngundi sapa ye! (>20 tahun kat malaysia dah jdi rakyat msia kot)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...